SABUN ASAS GLISERIN


SABUN ASAS GLISERIN
Ramai yang bertanya saya tentang sabun asas ni..
Gliserin tu apa?
Daripada apa?
Halal ke ?
Dan macam-macam lagi...
Di sini saya ingin menghuraikan tentang gliserin ni..
Gliserin ni sejenis cecair yang tak berwarna , tak berbau, pekat dan banyak digunakan di dalam formulasi farmasi. Mempunyai 3 kumpulan hidroksil yang memberikan kesan larut dalam air (hidroskopik). Rangkaian utama carbonnya pula lebih kepada trigliserid iaitu lebih kepada larut lemak.(lipids)..Rasa sedikit manis dan kurang tosik..

Di dalam teks di bawah boleh baca lagi tapi kalau nak cepat baca yang dah dihitamkan (bold) tu je..
Banyak kelebihan gliserin ni seperti sebagai pelembab, humectan ( memerangkap lembapan pada kulit),
Di dalam pembuatan produk kosmetik seperti krim atau lotion gliserin digunakan sebagai bahan untuk melarutkan air dan minyak kiranya nak bagi minyak dan air bercampur lah.. 

Glycerin  ialah satu bahan yang neutral, manis, tiada berwarna ‘crystal clear’ dan merupakan cecair yang agak pekat yang boleh membeku jika disejukkan. Glycerin akan melarut didalam air atau alcohol, tetapi tidak larut didalam minyak.

Terdapat banyak bahan yang larut didalam glycerin dengan lebih mudah daripada larut didalam air atau alcohol. Jadi ianya adalah ‘good solvent’ atau pelarut yang baik.

Glycerin juga mempunyai daya “hygroscopic” yang agak tingggi. Ini bermakna ianya dapat menyerap air daripada udara. Sebagai contoh, sekiranya anda meninggalkan 100% glycerin terdedah di udara, ianya akan menyerap air diudara dan akhirnya, ianya akan menjadi 80% glycerin dan 20% air.

Oleh sebab sifat nya yang ‘hygroscopic”, glycerin yang dilarutkan didalam air akan dapat juga melembutkan kulit.

Glycerin juga digunakan untuk membuat sabun.  Sabun jenis ini biasanya mengandungi 15% – 35% glycerin. Sabun jenis ini biasanya sangat melembabkan kulit secara semulajadi. Tetapi kelemahan nya ialah, sekiranya sabun jenis ini direndam atau didedahkan pada udara, ianya akan cepat habis/hakis dan butiran udara seperti manik-manik akan terdapat pada sekeliling sabun ini.

Walaubagaimanapun, ramai yang menganggap ianya bukan lah satu kelemahan yang besar jika dibandingkan dengan kebaikannya; iaitu, kulit akan menjadi lembut, lembab, selamat dan sangat sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak dan juga semua jenis kulit.

Dan olehkerana sifat glycerin yang memberi kelembapan inilah, maka kebanyakan pengeluar sabun-sabun komersial mengeluarkan glycerin dari sabun mereka untuk tujuan lebih menguntungkan seperti membuat krim muka dan pelembab atau lotion yang boleh dijual dengan harga yang tinggi.


Tetapi bagi sabun kami yang dibuat secara ‘homemade’, kami masih menggunakan glycerin, untuk mendapatkan nilai kebaikan bagi setiap sabun yang kami hasilkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan